Tuesday, April 8, 2014

Sejarah Sekolah

sejarah sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Besut ( nama lama )telah mula beroperasi pada 14 Jun 2004. Sekolah ini ditubuhkan pada dasarnya untuk mengatasi masalah kesesakan pelajar yang rata-ratanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut. Lantaran itu masyarakat setempat terutamanya di kawasan Kampung Baharu dan Kampung Gong Nering telah menyuarakan pendapat supaya sebuah sekolah ditubuhkan di kawasan tersebut demi kemudahan anak-anak mereka.

Pada awal penubuhan sekolah ini hanya menempatkan sebelas orang guru iaitu lapan guru lelaki dan tiga guru perempuan sahaja di samping tiga orang pentadbir. Pihak pentadbir terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Ko kurikulum. Manakala jawatan Pengetua pula hanya diisi pada bulan Oktober pada tahun itu juga. Sementara itu kakitangan sokongan pula terdiri daripada tiga orang iaitu seorang pembantu tadbir, seorang PAR dan seorang pembantu makmal.

Pada awal penubuhannya, seramai 157 orang pelajar yang telah didaftarkan di sekolah ini dan terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1(65 orang), 2 ( 54 orang) dan 4 ( 38 orang ) yang sebelum ini kebanyakannya telah bersekolah di SMK Kuala Besut dan SMK Pelagat.

.Sebanyak lima buah kelas telah dibuka iaitu dua kelas tingkatan 1, dua kelas tingkatan 2 dan satu kelas tingkatan 4 dengan menawarkan mata pelajaran elektif iaitu Ekonomi, Tasawwur Islam dan Pendidikan Seni.

Dengan tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Besut ini, masalah kesesakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut telah dapat diatasi dan seterusnya membawa banyak manfaat kepada penduduk di sekitar sekolah ini. Pada bulan Oktober 2004 pula menyaksikan bermulanya tugas Pengetua yang pertama iaitu Tuan Hj Mohammad bin Othman di sekolah yang tersergam indah ini.

 Pada 15 Januari 2009, nama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit ditukar nama pula iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri ( SMKSBP ). Ini adalah memandangkan namanya hampir menyamai Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut.Jumlah Murid kini seramai 428 0rang iaitu 228 orang murid lelaki dan 200 orang murid perempuan dan 2 orang murid berbangsa Iban. Guru pula seramai 36 orang iaitu 22 orang guru lelaki dan 14 orang guru perempuan.

No comments:

Post a Comment