Sunday, April 6, 2014

Kata Aluan Tuan Pengetua

Kata Aluan Tuan Pengetua

Bagi pihak guru-guru, kakitangan sokongan dan pelajar sekolah ini, saya mengucapkan selamat melayari laman web sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri ( SMKSBP )dan terima kasih di atas kunjungan anda ke sini.

Saya amat gembira dan berbesar hati kerana dapat menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai sekolah melalui innovasi terbaru yang dikenali sebagai INTERNET.

Pertemuan kita di dalam internet menggambarkan kejayaan dan kebanggaan sekolah kerana meletakkan sekolah kami di jendela dunia yang tidak mempunyai sempadan dalam alam siber ini. Ini merupakan satu kejayaan yang membuktikan kepada kita dan dunia bahawa kita boleh bersaing dan maju dalam teknologi canggih ini.

Melalui laman web ini, saya berharap semua bekas pelajar SMK Seri Bukit Puteri akan dapat menjalin hubungan semula dengan sekolah lama mereka dan seterusnya memberi bantuan dan perkhidmatan dalam apa-apa bentuk sekali pun dengan menghubungi kami melaui surat elektronik atau e-mail. Semua bekas guru dan bekas pengetua juga dijemput untuk menghubungi kami melalui e-mail. Kepada semua kenalan, pelawat yang budiman, anda dipelawa untuk menghantar sebarang pandangan atau komen bagi membantu pelajar-pelajar sekolah ini mencapai kejayaan dalam peperiksaan dan juga dalam bidang ko-kurikulum.

Saya disini juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En. Tuan Mat b. Nik Man sebagai web master kerana berjaya menjadikan laman web sekolah ini satu kenyataan dan juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kejayaan membangunkan laman web sekolah ini.

SELAMAT MELAYARI LAMAN SEKOLAH KAMI!
TERIMA KASIH
BERDISIPLIN DAN DEDIKASI

Tn.Hj.Che Soh b. Che Mat
Pengetua,
SMK Seri Bukit Puteri 2012

No comments:

Post a Comment